Kerjasama komuniti terus diperhebat

Mohd Mohyddin (kiri) dan Abdul Aziz (kanan)
Mohd Mohyddin (kiri) dan Abdul Aziz (kanan)
A
A
A

KUANTAN - Kerjasama komuniti terus diperhebat dengan pelbagai program bersama penduduk dalam usaha membanteras jenayah.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Pahang, Senior Asisten Komisioner Datuk Abdul Aziz Salleh berkata, antaranya menjalankan gotong-royong bersama penduduk, pihak sekolah dan jabatan kerajaan.

“Hari ini Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK Pahang), Sekolah Agama Rakyat (SAR KAFA) Kompleks Polis Alor Akar, bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkolaborasi dengan polis bergotong royong bahagian dalam luar perkarangan SAR KAFA.

“Inilah kepentingan program seperti gotong-royong dan pelbagai lagi acara lain membabitkan komuniti, jabatan kerajaan dan agensi, ,” katanya ketika ditemui pada Program Gotong-royong Perdana IPK Pahang bersama TNB di perkarangan sekolah tersebut di Alor Akar di sini, hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar TNB (East) Grid Maintenance, Mohamad Mohyddin Mohamed Nor. Agensi lain yang turut terlibat adalah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam SWCorp, Majlis Perbandaran kuantan (MPK) dan Alam Flora.

Sebahagian agensi dan warga IPK serta sekolah yang terlibat
Sebahagian agensi dan warga IPK serta sekolah yang terlibat

Jelasnya ini merupakan langkah untuk mengeratkan kerjasama sekali gus mengurangkan jenayah setempat

Dalam perkembangan lain, beliau memuji prestasi SAR KAFA Kompleks tersebut kerana 18 daripada muridnya memperoleh 18 A menerusi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2018.

Artikel Berkaitan:

TNB turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada SAR KAFA serta seekor lembu yang dimasak untuk diagihkan kepada jemaah Solat Jumaat di surau Kompleks tersebu.

Mohamad Mohyddin berkata, ini merupakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat yang sentiasa dilakukan saban tahun oleh TNB.

Mudah-mudahan sumbangan dilakukan dapat memberikan manfaat kepada semua penghuni SAR KAFA Kompleks Polis Alor Akar.