Trump lancar laman web papar 'pencapaian luar biasa'

Laman 45office.com itu turut memaparkan gambar bilionair hartanah tersebut bersama beberapa tokoh dan pemimpin dunia ketika penggal pemerintahan beliau sebagai Presiden ke-45 AS pada 2017-2021. - Foto: Agensi
Laman 45office.com itu turut memaparkan gambar bilionair hartanah tersebut bersama beberapa tokoh dan pemimpin dunia ketika penggal pemerintahan beliau sebagai Presiden ke-45 AS pada 2017-2021. - Foto: Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melancarkan laman web rasmi yang memaparkan 'pencapaian' beliau di Rumah Putih.

Laman 45office.com itu turut memaparkan gambar bilionair hartanah tersebut bersama beberapa tokoh dan pemimpin dunia termasuk isterinya, Melania sepanjang penggal perkhidmatannya pada 2017-2021.

“Pejabat Donald J trump komited untuk memelihara legasi pentadbiran beliau dan pada masa yang sama meneruskan agenda America First yang sering menjadi slogan pemimpin itu,” menurut mesej dipaparkan pada laman tersebut.

Sinopsis 850 patah perkataan tentang ‘pencapaian luar biasa’ Trump ketika bergelar Presiden ke-45 AS juga dipaparkan pada laman web itu.

Pada awal bulan lalu, jurucakap kempen beliau, Jason Miller menerusi wawancara bersama Fox News mendedahkan Trump bakal melancarkan platform sosial sendiri dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang selepas akaun miliknya di Twitter dan Facebook digantung susulan pencerobohan ke atas Capitol pada 6 Januari lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Trump menyelar dua pakar yang mengetuai usaha memerangi wabak Covid-19, Anthony Fauci dan Deborah Birx selepas kedua-duanya mengkritik kegagalan pentadbirannya menangani pandemik tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: