Ringgit ditutup rendah petang ini, dolar AS mengukuh

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa susulan pengukuhan mata wang AS selepas hasil Perbendaharaan AS meningkat tinggi.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa susulan pengukuhan mata wang AS selepas hasil Perbendaharaan AS meningkat tinggi.
A
A
A

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pengukuhan mata wang AS selepas hasil Perbendaharaan AS meningkat tinggi, menyebabkan mata wang baharu muncul termasuk ringgit menyusut, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit diniagakan rendah pada 4.1490/1530 berbanding dolar AS daripada 4.1390/1440 ketika ditutup pada Isnin.

Laporan bahawa hasil Perbendaharaan AS berserta saham meningkat susulan rancangan perbelanjaan Presiden AS, Joe Biden dan usaha mempercepatkan vaksinasi telah meningkat taruhan untuk pemulihan ekonomi yang lebih pantas.

Sementara itu, ketua strategi pasaran global Axi, Stephen Innes memberitahu Bernama, kesan ke atas ringgit bagaimanapun dibantu oleh berita Malaysia telah dikeluarkan daripada senarai pemerhatian Russell FTSE dan akan mengekalkan keahliannya dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE.

FTSE Russell mengumumkan Malaysia akan dikeluarkan daripada Senarai Pemerhatian bagi potensi klasifikasi semula tahap kebolehcapaian pasaran daripada tahap ‘2’ kepada ‘1’ dan akan mengekalkan keahliannya dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE.

Pada penutup, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0799/0841 daripada 3.0744/0792, tetapi naik berbanding yen Jepun kepada 3.7633/7672 daripada 3.7768/7817 pada Isnin.

Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7094/7158 daripada 5.7247/7320, sebaliknya turun berbanding euro, menyusut kepada 4.8697/8760 daripada 4.8733/8800 ketika ditutup pada Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan: