Lebih 5,000 penduduk Sepanggar terjejas bekalan air

Mohd Jeffry ketika mengadakan sidang akhbar berkenaan masalah air yang dihadapi penduduk di pejabatnya di Jalan Lintas, Kota Kinabalu.
Mohd Jeffry ketika mengadakan sidang akhbar berkenaan masalah air yang dihadapi penduduk di pejabatnya di Jalan Lintas, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Lebih 5,000 penduduk di Sepanggar meminta pihak kerajaan menyelesaikan masalah air yang dihadapi mereka sejak beberapa bulan lalu.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Ekonomi Semangat Bersatu Malaysia (Pembela), Datuk Seri Mohd Jeffry Rosman berkata, perkara itu sudah dirujuk kepada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), namun sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

"Kita sudah membawa masalah itu kepada JANS untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Masalah ini membebankan lebih 5,000 penduduk dan sudah berlanjutan sejak beberapa bulan lalu,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Jalan Lintas pada Selasa.

Mohd Jeffry berkata, beliau difahamkan ada usaha catuan air dilakukan di beberapa penempatan perumahan di kawasan berkenaan, namun ia masih tidak mencukupi.

"Masalah ini memberi kesan sangat mendalam bukan saja kepada penduduk tetapi juga peniaga di kawasan terbabit.

"Saya sudah berhubung dengan pihak JANS dan mereka memberikan alasan terdapat masalah dengan kontraktor selain beberapa kejadian paip pecah berikutan pembangunan lebuhraya Pan Borneo,” katanya.

Mohd Jeffry berkata, Pembela akan terus menyuarakan masalah ini sehingga perkara itu dapat diselesaikan.

Artikel Berkaitan: