X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat berbungkus di tepi jalan disiasat sebagai kes bunuh

Anuar Othman
A
A

KUALA KANGSAR - Polis mengklasifikasikan penemuan mayat yang dibalut dengan kain putih seperti dikafan di tepi jalan KM57 Jalan Gerik- Kuala Kangsar berhampiran Kampung Lubok Merbau, di sini pada Isnin sebagai kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul.

"Hasil pemeriksaan dalaman badan mangsa mendapati terdapat banyak kesan lebam baharu pada bahagian muka, tangan kiri dan kanan, dada, perut serta kaki kiri dan kanan.

"Kesan lebam tersebut dipercayai akibat mangsa mempertahankan diri manakala suspek yang terlibat adalah lebih daripada seorang," katanya.

Menurutnya, identiti sebenar mangsa sehingga kini masih belum dikenal pasti.

Justeru, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di talian 05-7762222, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Asisten Superintendan Mohamad Faizal Sarip (019-5572999) atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Afiq Ahmad Termeze di talian 012-4605122.

Sinar Harian melaporkan mayat seorang lelaki yang dibalut dengan kain putih seperti dikafan ditemui di tepi jalan. Mangsa dianggarkan berusia 40an turut dibalut dengan lapisan selimut bercorak kartun dan kanvas plastik itu dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 10.15 pagi.

Ketika ditemui mangsa memakai kemeja dan berseluar pendek dipercayai mati tidak kurang 36 jam sebelum ditemui di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat lelaki berkafan ditemui tepi jalan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!