Sanggup berhabis lebih RM50,000 demi lembu sado

Awang,lembu sado jinak yang dimiliki Mohd Faizal sejak awal tahun ini.
Awang,lembu sado jinak yang dimiliki Mohd Faizal sejak awal tahun ini.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang penternak di Kampung Paya Keladan, Temerloh membelanjakan lebih RM50,000 untuk membeli lima ekor lembu sado sejak tahun ini.

Penternak, Mohd Faizal Said, 39, berkata, kesemua lembu sado jantan baka Charolies dan Brahmin itu memiliki berat antara 500 kilogram (kg) hingga 767kg.

Menurutnya, daripada lima ekor lembu itu, ada seekor yang paling jinak dan mudah didekati digelar dengan nama 'Awang'.

Mohd Faizal(dua,kiri) bersama pekerja dan lembu sado yang dipelihara di kandang miliknya di Kampung Paya Keladan, Temerloh.
Mohd Faizal(dua,kiri) bersama pekerja dan lembu sado yang dipelihara di kandang miliknya di Kampung Paya Keladan, Temerloh.

"Awang memiliki berat 500kg dan saya beli dengan harga RM8,500.

"Saya belum bercadang untuk menjualnya lagi buat masa ini dan tunggu beratnya capai hingga 700 kilogram," kata anak jati kelahiran Felda Padang Piol, Jerantut itu.

Katanya, dia bercadang membeli lagi lembu sado itu untuk menjana pendapatan.

"Selain untuk menjual dagingnya, lembu ini juga boleh dijadikan sebagai baka," katanya.

Artikel Berkaitan: