AS gantung urusan dagangan dengan Myanmar

AS menangguhkan semua urusan perdagangan dengan Myanmar selepas rampasan kuasa tentera baru-baru ini dan keganasan yang berterusan terhadap orang awam. Foto 123RF
AS menangguhkan semua urusan perdagangan dengan Myanmar selepas rampasan kuasa tentera baru-baru ini dan keganasan yang berterusan terhadap orang awam. Foto 123RF
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) menangguhkan semua urusan perdagangan dengan Myanmar selepas rampasan kuasa tentera baru-baru ini dan keganasan yang berterusan terhadap orang awam, lapor Sputnik memetik kenyataan Pejabat Perwakilan Perdagangan AS (USTR) pada Isnin.

"Wakil Perdagangan Amerika Syarikat Katherine Tai pada Selasa mengumumkan penggantungan semua penglibatan AS dengan Myanmar di bawah Perjanjian Kerangka Perdagangan dan Pelaburan 2013 (TIFA), berkuat kuasa serta-merta.

"Penggantungan ini akan diteruskan sehingga kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat dikembalikan,” kata kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: