X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita maut kereta rempuh tiang elektrik

Anggota bomba mengangkat mayat wanita yang tersepit di tempat duduk pemandu selepas terbabas dan melanggar sebatang tiang elektrik di Jalan Tanjung Resang, Kampung Tenglu, Endau, Mersing pada Selasa.
A
A

MERSING - Seorang wanita maut apabila kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang tiang elektrik di Jalan Tanjung Resang, Kampung Tenglu, Endau, di sini pada Selasa.

Kemalangan pada jam 10.26 pagi itu mengakibatkan Nadia Md Tahir, 31, cedera parah manakala kereta Perodua Axia dipandunya remuk teruk.

Mangsa terperangkap di tempat duduk pemandu di dalam kereta tersebut yang masuk ke dalam parit di sebelah jalan berkenaan.

Kereta Perodua Axia dipandu mangsa remuk teruk selepas terbabas dan melanggar sebatang tiang elektrik di Jalan Tanjung Resang, Kampung Tenglu, Endau, Mersing pada Selasa.
Kereta Perodua Axia dipandu mangsa remuk teruk selepas terbabas dan melanggar sebatang tiang elektrik di Jalan Tanjung Resang, Kampung Tenglu, Endau, Mersing pada Selasa.

Seramai tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penguasa Bomba Azwan Othman berkata, mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 11.38 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!