Vaksin buatan China tiba di Manila

Kumpulan pertama vaksin Covid-19 dihasilkan syarikat farmaseutikal China, SinoVac tiba di Manila pada Isnin.
Kumpulan pertama vaksin Covid-19 dihasilkan syarikat farmaseutikal China, SinoVac tiba di Manila pada Isnin.
A
A
A

BEIJING - Kumpulan pertama vaksin Covid-19 dihasilkan syarikat farmaseutikal China, SinoVac tiba di Manila pada Isnin.

Presiden, Rodrigo Duterte dan Duta China, Huang Xilian berada di lapangan terbang untuk menyambut vaksin tersebut.

Duterte ketika berucap pada majlis penyerahan itu mengucapkan terima kasih atas bantuan kerajaan China dalam pemerolehan vaksin tersebut.

Beliau turut menyatakan hasratnya bertemu pemimpin China untuk menzahirkan penghargaan dan terima kasih.

Setiausaha Kesihatan Filipina, Francisco Duque berkata, situasi wabak di Filipina masih serius dan dengan adanya vaksin itu dapat memberikan perlindungan kepada kakitangan perubatan.

Duta China, Huang Xilian berkata, China merupakan negara pertama yang menyerahkan vaksin kepada Filipina, termasuk sumbangan kerajaan dan pembelian komersial.

Ia secara tidak langsung mencerminkan kekukuhan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara yang kini berganding bahu melawan wabak.

Huang berkata, keselamatan dan keberkesanan vaksin SinoVac diakui secara meluas oleh rakyat Filipina.

Artikel Berkaitan:

Beliau yakin lebih banyak vaksin buatan China akan terus dihantar ke Filipina untuk membantu perjuangan negara itu dalam memerangi wabak. - Bernama