X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 29 Oktober 2021

Ahli majlis PBT perlu ada asas perundangan jelas

Hasni (tengah) pada Program Executive Talk Perundangan Perancangan (Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, [Akta 172]) bersama Ahli Majlis PBT peringkat negeri Johor di Hotel Fraser Place, Johor Bahru pada Selasa.
A
A

ISKANDAR PUTERI - Semua ahli majlis yang dilantik di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor perlu mempunyai asas perundangan yang jelas dalam memastikan setiap perancangan dan dasar berada pada landasan yang betul.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, sebagai jurucakap bagi PBT, setiap ahli majlis perlu memastikan dasar-dasar PBT difahami dan diterima oleh masyarakat setempat.

Justeru menurutnya, mereka perlu bertanggungjawab sebagai penyemak pelaksanaan dasar PBT sama ada tindakan dilaksanakan mengikut lunas-lunas yang dibenarkan undang-undang.

"Sebagai individu yang terlibat secara langsung, ahli majlis yang terlibat sebagai penggubal dasar-dasar PBT di kawasan masing-masing perlu memastikan ia selari dengan dasar di peringkat Persekutuan dan negeri yang mampu memenuhi kehendak rakyat.

"Mereka juga diibaratkan sebagai pembawa inspirasi rakyat atau orang tengah dalam pentadbiran di PBT," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Executive Talk Perundangan Perancangan (Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, [Akta 172]) bersama Ahli Majlis PBT peringkat negeri Johor di Hotel Fraser Place di sini pada Selasa.

Hasni berkata, Pihak Berkuasa Negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah melantik seramai 207 ahli majlis secara berfasa pada 15 April 2020 dan 23 September 2020.

Pelantikan baharu itu katanya, seiring dengan perubahan tampuk kepimpinan di peringkat negeri.

"Ahli majlis adalah penasihat kepada PBT mengikut profesion atau kepakaran masing-masing.

"Bagi memandu pembangunan Johor yang lebih mampan, peranan dan tanggungjawab sebenar ahli majlis juga perlu dipertingkatkan, antaranya menjadi sebahagian daripada sistem pentadbiran di peringkat tempatan.

"Keputusan yang dibuat juga tidak boleh bercanggah dengan dasar yang diputuskan oleh PBT untuk kepentingan awam," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!