Wanita kantoi curi pokok kemboja RM1,500

Polis merampas enam pasu bunga kemboja susulan tertangkapnya seorang wanita di Klang pada Sabtu lalu.
Polis merampas enam pasu bunga kemboja susulan tertangkapnya seorang wanita di Klang pada Sabtu lalu.
A
A
A

KLANG - Seorang wanita diberkas polis selepas mencuri pokok bunga kemboja di kedai bunga nurseri di Bandar Botanik di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu disedari kerani kedai terbabit yang melihat wanita berusia lingkungan 40-an itu berlegar-legar di kawasan nurseri.

"Wanita itu kemudian memasukkan enam pokok bunga kemboja dianggar bernilai RM1,500 ke dalam keretanya.

"Pekerja nurseri itu kemudian menahan wanita terbabit dan dia memberitahu akan membayar kesemua bunga yang diambilnya sebelum terus melarikan diri," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, bertindak hasil maklumat, sepasukan D4 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah menahan wanita terbabit Jalan Gedung Raja Abdullah, Klang kira-kira jam 5.30 petang keesokan harinya.

Menurutnya, enam pasu bunga kemboja turut dirampas dalam serbuan itu.

"Soal siasat suspek mengaku mencuri bunga tersebut untuk dijual semula secara dalam talian," katanya.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan suspek telah direman empat hari untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: