Putin cedera semasa berlatih judo

Putin tiba di pusat sukan Yug di Sochi.
Putin tiba di pusat sukan Yug di Sochi.
A
A
A

MOSCOW - RUSIA. Presiden Rusia mengalami cedera ringan semasa sesi 'sparring' judo dengan bekas juara Olimpik di Sochi, semalam.

Vladimir Putin berada di Sochi sempena mesyuarat trilateral dengan Iran dan Turki bagi membincangkan konflik di Syria.

Selepas mesyuarat berakhir, beliau singgah ke pusat sukan Yug bagi meninjau sesi latihan skuad judo kebangsaan dan melakukan sesi sparring dengan pemenang pingat emas Olimpik 2016, Beslan Mudranov.

Putin mengalami cedera ringan di jari. - Agensi

Artikel Berkaitan: