Emosi rakyat semakin terganggu

Selangor dan Wilayah Persekutuan sering menghadapi gangguan bekalan air yang menjejaskan aktiviti penduduk. Gambar kecil: S Piarapakaran
Selangor dan Wilayah Persekutuan sering menghadapi gangguan bekalan air yang menjejaskan aktiviti penduduk. Gambar kecil: S Piarapakaran
A
A
A

SHAH ALAM - Kekerapan gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur sejak beberapa tahun ini menyebabkan emosi penduduk di kawasan yang sering terjejas menjadi sensitif.

Namun begitu, Pengerusi Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran menjelaskan, kerja penyelenggaran aset yang akan dilaksanakan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di Selangor dan Kuala Lumpur tidak dapat dielakkan.

Beliau berkata, ia bagi mengelakkan kesan lebih buruk pada masa akan datang sekiranya aset tidak diselenggara mengikut jadual ditetapkan.

“Jika kereta digunakan melebihi had dan tak selenggara ikut masa pun akan ada kesannya, apatah lagi jika melibatkan aset yang digunakan dalam skala besar.

“Jika pam rosak, kerja pembaikan akan mengambil masa yang lebih lama. Perlu cari alat ganti lagi, jadi lebih baik selenggara ikut jadual. Jika guna lebih had, risikonya lebih tinggi,” katanya mengulas mengenai gangguan bekalan air di beberapa lokasi bermula Selasa bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan aset Air Selangor.

Kerja penyambungan dan alih paip baharu mulai Selasa.
Kerja penyambungan dan alih paip baharu mulai Selasa.

Piarapakaran berkata lagi, beliau yakin Air Selangor mempunyai pengalaman luas mengendalikan isu gangguan bekalan air di kawasan terlibat.

“Cuma kita harap gangguan ini tidak terlalu teruk. Kalau boleh minimumkan kesannya kurang kepada 30 peratus dan bukannya terjejas secara 100 peratus.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, Air Selangor perlu memberikan maklumat jelas kepada pengguna. Air Selangor juga perlu mempunyai alternatif pada masa akan datang untuk mengurangkan gangguan bekalan air kepada penduduk,” katanya.