X

Kindly register in order to view this article
!

Harap tiada lagi ‘ancaman’ terhadap pengadil

S Sivasundaram
A
A

SETIAP pemain Liga Malaysia (Liga-M) sekali lagi diingatkan tidak bertindak keterlaluan jika tidak berpuas hati dengan sebarang keputusan yang dibuat pengadil perlawanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram berkata, keputusan pengadil adalah muktamad berdasarkan kepada undang-undang yang telah ditetapkan.

“Saya sangat berharap tidak berlaku lagi insiden-insiden melibatkan ‘ancaman’ kepada pengadil seperti yang berlaku dalam beberapa perlawanan awal Liga-M musim ini.

“Memang pengadil buat silap dan mereka juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan ketika menjalankan tugas. Tetapi itu bukan alasan untuk membenarkan pemain bertindak kasar ke atas mereka.

“Sebagai contoh, pemain dilarang sama sekali melakukan body contact sama ada menyentuh atau menolak pengadil, itu memang jelas satu kesalahan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Dalam aksi Liga Premier antara Kelantan FC dan Perak FC II di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 6 Mac lalu, pemain import Kelantan FC, Jack Hindle didapati dengan sengaja telah menolak pengadil, Mohd Amirul Aizat Mohd Lodin.

Pemain import Melaka United FC, Alex Dos Santos Goncalves pula didakwa sengaja membaling bola ke arah pengadil, Mohd Fairuzi Mat Des selepas meraikan gol kedua pasukannya ketika menentang PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 10 Mac lalu.

Tindakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa dilihat menyentuh pengadil, Noor Azriel Baharudin ketika aksi Liga Super menentang Perak FC di Stadium Perak pada 21 Mac lalu pula kini dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Dalam pada itu, Sivasundaram memberitahu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pengadil di seluruh negara untuk memberikan penerangan mengenai tanggungjawab masing-masing.

“Saya akan berbincang dengan mereka dan memberikan taklimat berhubung pengadilan Liga-M. Perkara ini memang dalam perancangan saya dan tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi mutu pengadilan di negara kita,” ujarnya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!