X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Satu lagi kluster baharu di Sarawak

A
A

KUCHING - Satu lagi kluster baharu Covid-19 diisytiharkan di Sarawak pada Isnin iaitu Kluster Taman Vistagro di Sri Aman, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN dalam kenyataan pada Isnin berkata, kluster komuniti itu dikesan di kawasan perumahan di Taman Vistagro.

“Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-14,911 yang juga seorang lelaki warga tempatan berumur 62 tahun telah dikesan melalui saringan individu bergejala di klinik swasta.

“Indeks kes ini yang telah didapati positif ujian saringan RTK Antigen di klinik swasta pada 23 Mac, kes kemudian terus dimasukkan ke Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 di Sri Aman dan telah menjalani saringan pengesahan menggunakan rT-PCR, kes indeks ini telah didapati positif Covid-19 pada 25 Mac,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPBN, kes indeks berkemungkinan mendapat jangkitan daripada komuniti semasa melakukan pergerakan rentas zon yang mana kes kerap melakukan perjalanan ke daerah Kuching.

“Hasil siasatan lanjut dan pengesanan kes secara aktif dalam kalangan ahli keluarga, kontak rapat dan kontak kasual kepada kes indeks ini, tambahan sebanyak 17 kes telah dikesan positif Covid-19 melibatkan kluster ini.

“Daripada sejumlah 179 individu telah disaring, 18 kes dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks, 46 kes adalah negatif dan 115 kes masih menunggu keputusan,” jelas JPBN.

Pada Isnin terdapat 192 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 16,061 kes manakala jumlah kematian meningkat kepada 105 selepas dua lagi kematian baharu direkodkan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!