Lelaki ditinggalkan di tepi jalan selepas dipukul

Lelaki ini mendakwa telah 'dibuang' di tepi jalan di Kampung Sompo, Lenggeng pada Isnin.
Lelaki ini mendakwa telah 'dibuang' di tepi jalan di Kampung Sompo, Lenggeng pada Isnin.
A
A
A

NILAI - Seorang lelaki ditemui duduk bersendirian di tepi jalan di Kampung Sompo, Lenggeng di sini pada Isnin dan dipercayai ditinggalkan seseorang di kawasan terbabit.

Seorang kakitangan Klinik Kesihatan Lenggeng, V Yogeswaran, 30, yang berada di lokasi berkata, lelaki yang dianggarkan berusia 50-an itu ditemui oleh orang awam dalam keadaan kelaparan kira-kira jam 3 petang.

Menurutnya, lelaki yang hanya berbaju t shirt dan berseluar pendek itu mendakwa telah 'dibuang' di situ selepas dia dipukul.

"Ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah ke Taman Asoka, Mantin saya nampak ada polis dan penduduk berkumpul di tepi jalan itu dan apabila saya dekati, rupa-rupanya mereka sedang cuba membantu lelaki terbabit.

"Saya cuba tanya nama dan umurnya, tapi dia cakap tak pasti. Dia mendakwa ada orang yang 'buangnya' di situ selepas dihantar dengan van berwarna putih," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Lelaki berkenaan dihantar ke HTJ untuk pemeriksaan lanjut.
Lelaki berkenaan dihantar ke HTJ untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, tiada pengenalan diri ditemui bersama lelaki berkenaan dan sebagai tindakan, Klinik Kesihatan Lenggeng telah menghantarnya ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, beliau juga telah menghubungi Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Lee Koon mengesahkan telah menerima kes lelaki terbabit dan mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengesan pengenalan diri termasuk warisnya.