X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19 di Indonesia lepasi angka 1.5 juta kes

Jangkitan Covid-19 di Indonesia melepasi angka 1.5 juta kes, dengan jumlah kematian kini meningkat kepada 40,581 orang.
A
A

JAKARTA - Jangkitan Covid-19 di Indonesia melepasi angka 1.5 juta kes, dengan jumlah kematian kini meningkat kepada 40,581 orang.

Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, covid19.go.id., sebanyak 5,008 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kini 1,501,093 kes.

Jumlah mereka yang sembuh direkodkan sebanyak 1,336,818 kes, manakala bagi tempoh 12 tengah hari pada Ahad pula sebanyak 132 lagi kematian akibat wabak itu direkodkan.

Indonesia yang memulakan program vaksinasi sejak 13 Jan lalu, sehingga kini telah menvaksin lebih 7.2 juta penerima vaksin pertama manakala lebih 3.2 juta telah menerima vaksin kedua.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!