Mekanik maut kemalangan

Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang mekanik maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum memasuki laluan sebuah treler di Kilometer 4.8 Lebuhraya Link Kedua Arah Selatan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.16 pagi itu, mangsa Mohamad Norerwan Hakeem Mohd Hafiza, 18, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Manakala, pemandu treler itu, Mohd Nazri Saleh, 38, tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal di lokasi kemalangan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa iaitu penunggang motosikal dipercayai sedang ditunggang secara laju bersama beberapa buah motosikal lain.

"Mangsa yang sedang memotong dari lorong sebelah kiri ke kanan treler gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke kanan jalan dan memasuki ke laluan treler.

"Ekoran dari kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan telah disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak ambulans yang tiba sejurus kemalangan berlaku," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Dzulkhairi berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Besar Kulai menggunakan kenderaan polis untuk tujuan bedah siasat.

"Kes ini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: