Lebih 500 rakyat Palestin ditahan termasuk 89 kanak-kanak

Kanak-kanak Palestin turut ditahan dan disumbat ke dalam penjara Israel.
Kanak-kanak Palestin turut ditahan dan disumbat ke dalam penjara Israel.
A
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT. Rejim Zionis telah menahan kira-kira 509 rakyat Palestin sepanjang bulan lalu di wilayah Baitulmaqdis yang diduduki dan Genting Gaza, termasuk 89 kanak-kanak serta lapan wanita, menurut kumpulan hak asasi tahanan Palestin.

Persatuan Tahanan Palestin (PSS), Jawatankuasa Sivil Baitulmaqdis bagi Banduan Palestin dan Addameer dalam kenyataan bersama berkata, pihak berkuasa Israel menahan 102 rakyat Palestin dari Timur Baitulmaqdis, Ramallah (88), Hebron (80), Jenin (55), Baitulaham (62), Nablus (30), Tulkarm (30), Qalqilya (25), Toubas (8), Salfit (6), Jericho (10) dan Genting Gaza (10).

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Palestin ditahan di penjara Israel meningkat kepada 5,700 setakat Januari 2019.

Ia termasuk 48 wanita dan 230 kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 95 orang lagi ditahan di bawah sistem 'penahanan pentadbiran' iaitu ditahan tanpa perbicaraan sepanjang tempoh Januari, menjadikan angka yang ditahan di bawah sistem yang jelas melanggar hak asasi manusia itu meningkat kepada 500 orang.

Selain itu, ketiga-tiga kumpulan hak asasi tahanan Palestin itu mendakwa, sepanjang tempoh tersebut Israel turut menahan 18 wartawan.

Tiga daripadanya dikenakan penahanan pentadbiran, dua lagi dipenjara seumur hidup. - Agensi

Artikel Berkaitan: