Budak lelaki 12 tahun ditembak selepas diserang secara seksual

Mangsa diselamatkan sebelum dikejarkan ke hospital. - Foto Daily Mail
Mangsa diselamatkan sebelum dikejarkan ke hospital. - Foto Daily Mail
A
A
A

MIAMI - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun diserang secara seksual sebelum ditembak di Miami pada awal pagi Sabtu.

Menerusi Daily Mail, kanak-kanak itu berjalan sendirian sekitar jam 2 pagi sebelum secara tiba-tiba dia dipaksa memasuki sebuah kereta berwarna hitam.

Menurut Jabatan Polis Miami-Dade, suspek yang memandu kereta itu mengekori kanak-kanak terbabit sebelum menculik, menyerang secara seksual, menembak dan melarikan diri sejurus kejadian.

"Selepas serangan seksual, kanak-kanak itu kemudiannya ditembak dan dipaksa keluar dari kereta lalu dibuang di tepi jalan. Mangsa ditemui oleh seorang lelaki yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

"Mangsa yang masih boleh berjalan dibawa ke sebuah kedai untuk menghubungi polis namun mangsa rebah di tepi tong sampah dan memaklumkan dia ditembak," katanya.

Jelasnya, kepala kanak-kanak itu berdarah dan terdapat kesan luka.

"Orang ramai melihat kejadian itu terus membantu mangsa sebelum pasukan paramedik tiba di lokasi.

"Mangsa dikejarkan ke hospital dan keadaannya kritikal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Polis kini sedang mencari seorang lelaki yang tinggi dengan rambut panjang kerinting dan sebuah kereta berwarna hitam.