Urus tadbir sektor penguatkuasaan perlukan integriti, akauntabiliti tinggi

Ketua Biro Sinar Harian Kelantan, Rosmiza Kasim (dua, kanan) antara media yang turut diberikan penghargaan pada majlis tersebut di sini.
Ketua Biro Sinar Harian Kelantan, Rosmiza Kasim (dua, kanan) antara media yang turut diberikan penghargaan pada majlis tersebut di sini.
A
A
A

KOTA BHARU – Urus tadbir dalam sesebuah organisasi terutamanya sektor penguatkuasaan perlu ditunjangi dengan ketelusan, akauntabiliti dan integriti yang tinggi supaya ekosistem pekerjaan yang sihat dan kondusif dapat diwujudkan.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim berkata, teras kepercayaan terhadap perkhidmatan awam sebagai tulang belakang kerajaan perlu diterjemahkan dalam tingkah laku dan keperibadian integriti setiap anggota perkhidmatan awam.

“Faktor ini menjadi lebih signifikan sekiranya semua penjawat awam berupaya menzahirkan profesionalisme masing-masing,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perhimpunan Setia Khas JPJ di pekarangan Pejabat JPJ di Panji, di sini pada Isnin.

Dalam majlis berkenaan, Zailani turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pengamal media dari Kelab Media Kelantan Darul Naim di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Zailani berkata, dengan berlakunya kes penahanan pegawai JPJ menerusi Ops Sukat baru-baru ini, ia menunjukkan jabatan itu sentiasa bersih daripada sebarang elemen salah guna kuasa dan gejala rasuah yang mengakibatkan ketirisan kepada hasil negara.

“Selain itu, pengurusan tertinggi jabatan juga merakamkan ucapan penghargaan kepada segolongan besar warga kerja JPJ yang sentiasa istiqamah di dalam menegakkan aspek integriti dalam menjalankan tugasan mereka.

“Kita juga berharap agar tindakan sebegini akan menjadi satu manifestasi jelas bahawa pihak jabatan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan reputasi dan nama baik jabatan terutamanya yang menyentuh aspek integriti.

“Mana-mana pihak yang didapati bersalah melakukan kesalahan, tindakan tegas akan diambil berpandukan kepada peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa,” katanya.

Artikel Berkaitan: