X

Kindly register in order to view this article
!

Lebih 129,000 lengkapkan dos vaksin Covid-19

Vaksinator kesihatan sedang menyediakan suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech menggunakan picagari khas 'Low Dead Volume' (LDV) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Klinik Membedai pada Ahad. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 129,110 individu dalam negara telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam, 28 Mac.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi tempoh sama, 451,655 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara kini adalah 580,765.

Menerusi satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini, Dr Adham berkata, Selangor kekal sebagai negeri teramai menerima suntikan dos pertama vaksin iaitu 63,675 kemudian Perak (49,5454) dan Sabah (42,030).

Ini diikuti Kuala Lumpur seramai 39,622, Sarawak (37,889), Johor (35,303), Pahang (33,466), Pulau Pinang (31,802), Kedah ((26,355), Negeri Sembilan (22,212), Terengganu (21,403), Kelantan (19,815), Melaka (11,963), Perlis (9,533), Putrajaya (4,695) dan Labuan (2,347).

Sementara itu, Sarawak mencatat jumlah individu teramai telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 iaitu 19,145 kemudian Pahang (12,889) dan diikuti Selangor (11,642).

Seterusnya adalah Kelantan iaitu seramai 11,604, diikuti Kuala Lumpur (10,890), Sabah (10,193), Johor (9,991), Perak (9,760), Terengganu (6,809), Kedah (6,007), Pulau Pinang (4,977), Negeri Sembilan (4,643), Melaka (4,103), Putrajaya (2,234), Perlis (2,157) dan Labuan (2,066).

Sementara itu, jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pula adalah 7,235,436 atau 29.83 peratus dengan Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 1,996,905.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini akan melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Program akan diteruskan bagi fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi selain orang kurang upaya.

Sementara fasa ketiga yang dijadualkan bermula Mei hingga Februari 2022 adalah untuk kumpulan individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!