X

Kindly register in order to view this article
!

Imigresen Kedah tahan 11 PATI

187753
A
A

ALOR SETAR - Seramai 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Kedah dalam serbuan di empat lokasi berbeza di Alor Setar, Kepala Batas dan Kubang Pasu, kelmarin.

Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, operasi bersepadu bermula jam 10.30 pagi hingga 11 malam itu disertai 15 pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Kedah.

"Pemeriksaan dilakukan terhadap 65 warga asing di sebuah kediaman di Kepala Batas, ladang ayam di Kubang Pasu dan sebuah hotel serta rumah urut di Alor Setar.

"Daripada jumlah itu, 11 warga asing terdiri daripada warga Laos, Kemboja, Bangladesh, Pakistan dan Thailand berusia antara 27 hingga 48 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Menurutnya, mereka turut ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1958/63 (Akta 155) kerana tiada dokumen perjalanan yang sah, Seksyen 15(1)(c) dibawah akta sama kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan

"Kesemua mereka ditahan lokap Imigresen Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum dibawa ke Depot Imigresen Belantik, Sik," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus