Kita beli beras, dapat duit raya!

No Image Caption
A
A
A

HADIAH wang tunai RM12,000 bersama produk Jati menanti pembaca Sinar Harian dan penggemar beras terkenal Malaysia, Jati melalui peraduan ‘Kita Beli Beras, Dapat Duit Raya’ sempena kehadiran Ramadan kali ini.

Eksekutif Pemasaran Serba Wangi Sdn Bhd, Nur Ameerah Hashim berkata, orang ramai diharapkan tidak melepaskan peluang dan menghantar penyertaan Peraduan Kita Beli Beras, Dapat Duit Raya anjuran Jati bersama Sinar Harian bermula 1 hingga 28 April depan.

Katanya, inisiatif itu bertujuan meningkatkan kesedaran jenama Beras Jati kepada pelanggan baharu di kalangan pembaca akhbar ini, sekali gus tanda penghargaan kepada pelanggan yang bakal menyambut Ramadan dan Aidilfitri dalam normal baharu.

“Kami berharap dengan pemberian duit raya ini menjadi hadiah kegembiraan buat semua, sekali gus sebagai tanda terima kasih terhadap pelanggan yang setia bersama jenama Jati sepanjang keberadaan dalam pasaran.

“Melalui peraduan duit raya ini, kita berharap Jati yang dilancarkan Serba Wangi Sdn Bhd pada 1995 menjadi satu jenama beras unggul dan diyakini khususnya dari segi kualiti dan perkhidmatan,” katanya kepada Sinar Harian Khamis lalu.

Menurutnya, syarikat yang ditubuhkan pada 1993 itu adalah salah satu pengeluar beras utama di Malaysia membabitkan proses pengeluaran beras dari peringkat pengeluaran, pemprosesan, pembungkusan hingga pengedaran pelbagai jenis beras dan produk berasaskan beras.

“Kira-kira dua tahun kemudian, Jati dilancarkan dan menjadi salah satu jenama beras yang terkenal di Malaysia atas sokongan semua dengan ibu pejabatnya di Kedah dan cawangannya berkembang ke seluruh Semenanjung Malaysia seperti Perak, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Johor,” katanya.

Nur Ameerah berkata, syarikat yang mencecah usia 26 tahun itu sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan sehingga kini mengeluarkan lebih daripada 20 jenis produk untuk memenuhi keperluan pengguna berlainan dari segi harga dan jenis.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, terdapat beras tempatan, beras import, beras basmathi, beras rebus dan produk yang dibuat berasaskan beras seperti bihun dan tepung, selain produk terbaru seperti tepung jagung, tepung ubi kayu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Antara sebahagian produk jenama Jati.
Antara sebahagian produk jenama Jati.

Selain itu katanya, syarikat telah melancarkan siri jenama Jati Signature iaitu beras dihasilkan daripada kualiti dan gred yang terbaik serta pembungkusan berwajah baharu sekitar 2019.

“Bagi meraikan siri terbaru Jati Signature itu, pertandingan 'Keluarga Kreatif Jati 2' iaitu Pertandingan Cipta Kempen Logo dan Pertandingan Memasak Dalam Talian yang pertama di Malaysia dilaksanakan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan,” katanya.

Bagi menghargai kesetiaan pengguna terhadap jenama Jati, Serba Wangi sering menganjurkan pelbagai program seperti pertandingan dan kempen malah program secara online dan offline diadakan untuk lebih interaktif dengan pengguna setia.

Antaranya, Keluarga Kreatif Jati, pertandingan memasak sekeluarga, Jati Merdeka Challenge, pertandingan permainan sekeluarga dan juga pertandingan nyanyian Suara Jati Malaysia.

Seiring peredaran zaman, Jati kini turut menggunakan platform media sosial termasuklah ‘food hunting’ dengan mengadakan jelajah dan berkongsi restoran-restoran yang memiliki makanan enak di Facebook mereka.

Menurut Nur Ameerah, bagi meraikan kehadiran Ramadan, Jati peraduan ‘Kita Beli Beras, Dapat Duit Raya’ ini diharap bakal mendapat sambutan daripada pengguna setia Beras Jati dan juga pembaca Sinar Harian.

“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana berterusan menyokong jenama Jati dan menjadi pengguna setia Beras Jati dan menjadikan akhbar Sinar Harian sebagai pilihan utama,” katanya.