Mangsa lemas ketika selamatkan anak ditemui

Mangsa yang selamat, Muhammad Aman Firas Aman Syah, 12, dipangku ke dalam bot untuk dibawa ke darat.
Mangsa yang selamat, Muhammad Aman Firas Aman Syah, 12, dipangku ke dalam bot untuk dibawa ke darat.
A
A
A

BACHOK - [DIKEMASKINI] Dua lelaki ditemui lemas termasuk seorang bapa yang nekad terjun untuk menyelamatkan anak lelakinya daripada hanyut dibawa ombak ketika perkelahan keluarga di Pulau Kambing, Pantai Kandis di sini pada Ahad.

Dalam kejadian pada jam 6.50 petang itu, anak- kanak terbabit, Muhammad Aman Firas Aman Syah, 12, berjaya naik ke darat selepas berpaut pada pelampung gabus.

Mangsa lemas ialah pemandu lori, Mohd Sahudin Mat Shah, 46, dikatakan cuba menyelamatkan anaknya itu manakala seorang lagi mangsa ialah pesara tentera, Juhairohafizan Juhari, 35, yang cuba menyelamatkan dua beranak tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Supritendan Mohd Yusrizal Mohd Ghazali berkata, sebelum kejadian Mohd Sahudin tiba di pantai pada jam 5 petang bersama tiga anak dan sembilan anak jiran ke Pantai Kandis untuk mandi laut.

“Ketika mandi, bapa itu ternampak anaknya yang berpaut pada pelampung gabus dihanyutkan ke tengah laut kerana arus ombak.

“Mangsa terjun ke laut untuk menyelamatkan anaknya. Bagaimanapun dia dihanyutkan ombak sebelum Juhairohafizan yang melihat kejadian pergi membantu tetapi turut dihanyutkan ombak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga lemas di pantai Bachok

Beliau berkata, mayat Mohd Sahudin ditemui pasukan bomba pada jam 6.50 petang, Ahad dalam jarak 120 meter dari pantai.

Artikel Berkaitan:

Mayat pesara, tentera, Juhairohafizan Juhari, 35, iaitu mangsa lemas ketiga yang ditemui jam 2.50 pagi, Isnin di Pulau Kambing, Pantai Kandis, Bachok.
Mayat pesara, tentera, Juhairohafizan Juhari, 35, iaitu mangsa lemas ketiga yang ditemui jam 2.50 pagi, Isnin di Pulau Kambing, Pantai Kandis, Bachok.

“Kanak-kanak itu pula ditemui selamat pada jam 11 malam, Ahad oleh nelayan yang membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR). Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk rawatan.

“Mayat Juhairohafizan pula ditemui pada jam 2.50 pagi oleh orang awam sejauh 50 meter dari tempat kejadian,” katanya.

Dua mayat tersebut dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk bedah siasat.

“Punca kematian akibat lemas. SAR yang disertai polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ditamatkan jam 4 pagi,” katanya.

Media pada Ahad melaporkan seorang lemas manakala dua lagi hilang dibawa arus ketika sedang berkelah di Pulau Kambing, Pantai Kandis, Bachok.

Mangsa pertama yang ditemukan lemas dalam kejadian itu adalah Mohd Sahudin Mat Shaah, 46.