Zahid cabar seorang menteri UMNO letak jawatan

Ahmad Zahid bercakap pada sidang media selepas selesai sesi ucapan penggulungan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) hari ini. - Foto Bernama
Ahmad Zahid bercakap pada sidang media selepas selesai sesi ucapan penggulungan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang anggota UMNO yang kini menjadi menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) dicabar untuk segera meletak jawatan dalam Kabinet.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, amaran itu diberikan kepada menteri berkenaan berikutan sikapnya yang ibarat 'menikam daripada belakang'.

Jelasnya, jika tidak disebabkan menjadi ahli UMNO, menteri itu tidak akan sesekali dipilih menganggotai Kabinet ketika ini.

"Kalau dia anak jantan, dia harus letak jawatan sebagai menteri. Ini makhluk perosak, kalau bukan kerana UMNO tidak akan ada dia dalam kementerian berkenaan.

"Bila jawatan yang telah menjadikan kegelian maksimum, mereka harus sedar tanpa kita (UMNO) perwakilan dan akar umbi, kita juga tidak akan pernah rasa kedudukan sebagai menteri semula," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung sesi perbahasan PAU 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Ahad.

Sementara itu, dalam sidang akhbarnya selepas itu, Ahmad Zahid menjelaskan, Lembaga Disiplin akan meneliti tindakan yang akan diambil terhadap menteri itu.

"Keputusan itu bukan keputusan presiden. Tetapi lembaga disiplin yang akan membawa perkara itu yang akan diteliti oleh jawatankuasa pengurusan dan kemudiannya dibawa ke Majlis Kerja Tertinggi," katanya.

Artikel Berkaitan: