Bot karam, nelayan Vietnam ditemui terapung

Seorang nelayan Vietnam ditemui terapung pada jarak 107.2 batu nautika dari muara Tok Bali, Pasir Puteh selepas bot yang dinaikinya dipercayai karam.
Seorang nelayan Vietnam ditemui terapung pada jarak 107.2 batu nautika dari muara Tok Bali, Pasir Puteh selepas bot yang dinaikinya dipercayai karam.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang nelayan Vietnam ditemui terapung pada jarak 107.2 batu nautika dari muara Tok Bali, di sini pada Sabtu selepas bot yang dinaikinya dipercayai karam.

Mangsa yang dikenali sebagai Le Hoang Em, 41, ditemui tanpa pakaian oleh sebuah kapal Express 93 dalam keadaan sedar dan berpaut pada pelampung.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pihaknya memindahkan nelayan tersebut ke darat pada Ahad selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu dari sebuah kapal pada jam 2.30 petang.

"Bagaimanapun, kru kapal tersebut terlebih dahulu berjaya membawa naik mangsa pada jam 11.30 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, berpandukan kepada perbualan awal antara mangsa dengan wakil kapal, nelayan tersebut memberitahu bekerja di atas sebuah bot.

Hoang Em ditemui oleh sebuah kapal Express 93 dalam keadaan sedar dan berpaut pada pelampung.
Hoang Em ditemui oleh sebuah kapal Express 93 dalam keadaan sedar dan berpaut pada pelampung.

Beliau berkata, mangsa memberitahu bot yang dinaikinya itu karam lima hari lalu berhampiran Pulau Nam Du, Vietnam sebelum dihanyutkan sejauh 147 batu nautika.

Katanya, mangsa telah dibawa masuk ke Jeti Tok Bali Supply Base (TBSB) pada jam 9.30 pagi dan dihantar ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku untuk menjalani ujian calitan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Kita telah maklumkan penemuan nelayan itu kepada pihak kedutaan Vietnam di negara ini.

"Maritim Malaysia Kelantan akan menjalankan siasatan bagi meneliti kejadian sebenar kerana mangsa dijumpai di kawasan perairan negara dan mendakwa bot mereka bersama enam kru karam sejak lima hari lalu," katanya.

Menurutnya, mangsa akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk proses selanjutnya.