Kehadiran Pas simbol komitmen perkukuh ummah, selamatkan negara

Abdul Hadi (tengah) bersama Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika hadir pada PAU 2020 di WTCKL pada Ahad.
Abdul Hadi (tengah) bersama Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika hadir pada PAU 2020 di WTCKL pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Kehadiran Pas pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 merupakan simbol komitmen parti itu untuk terus mengukuhkan perpaduan ummah demi menyelamatkan negara kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada UMNO kerana menjemput saya dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2020 hari ini.

"Kehadiran kami sebagai simbol komitmen Pas untuk terus mengukuhkan perpaduan ummah demi menyelamatkan negara," katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Ahad.

Dari kiri Tuan Ibrahim, Datuk Seri Najib Abdul Razak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Hadi pada PAU 2020 di WTCKL pada Ahad.
Dari kiri Tuan Ibrahim, Datuk Seri Najib Abdul Razak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Hadi pada PAU 2020 di WTCKL pada Ahad.

Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim dilihat hadir pada ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena PAU 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Pas dan UMNO telah membentuk gagasan kerjasama menerusi Muafakat Nasional menerusi piagam yang dimeteraikan semasa Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama Pas turut menyertai Perikatan Nasional (PN) yang dipelopori oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.