Sinar Harian jadi rakan strategik KPM

Meen (kiri) menerima Sijil Pelantikan PIBKS Selangor yang disampaikan oleh Mohd Radzi di Kota Bharu pada Ahad.
Meen (kiri) menerima Sijil Pelantikan PIBKS Selangor yang disampaikan oleh Mohd Radzi di Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Akhbar Sinar Harian terus menapak gagah dalam dunia pendidikan di negara ini apabila dilantik sebagai rakan strategik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Inisiatif Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS/Selangor).

Pelantikan itu dibuat menerusi meja pendidikan akhbar Sinar Harian yang dikenali sebagai GPSBestari.

Pengarang Eksekutif Sinar Harian (GPSBestari), Meen Tahrin menyifatkan pelantikan tersebut sebagai pengiktirafan tertinggi buat akhbar berkenaan dalam memacu dan memartabatkan serta memperkasakan lagi bidang pendidikan di negara ini.

"Kami di Sinar Harian dan GPSBestari berterima kasih dan amat teruja dengan pelantikan ini," katanya ketika ditemui selepas menerima Sijil Pelantikan PIBKS Selangor yang disampaikan oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Jidin pada Majlis Pelancaran Gerakan Massa: Terima Kasih Cikgu Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-50 2021 di Hotel Perdana, Kota Bharu pada Ahad.

Menurutnya, Sinar Harian dan GPSBestari terus komited dengan menyokong setiap program KPM bagi memastikan dunia pendidikan negara berada pada tahap terbaik.

Beliau berkata, kerjasama kukuh dengan KPM ini mampu membuka dimensi baharu ke arah memperkasakan lagi bidang pendidikan.

"Hasrat Sinar Harian dan GPSBestari mahu sistem pendidikan negara mampu melahirkan lebih ramai golongan bijak pandai.

"Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga pakar dalam pelbagai bidang untuk memacu pembangunan negara supaya seimbang di segenap posisi," katanya.

Artikel Berkaitan: