PATI leka beli-belah ditahan

Warga asing yang membanjiri pekan bharu diperiksa dalam Operasi Bersepadu.
Warga asing yang membanjiri pekan bharu diperiksa dalam Operasi Bersepadu.
A
A
A

IPOH - Seramai 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tiga wanita ditahan dalam Operasi Bersepadu di Jalan Sultan Idris Shah, Jalan Dato Onn Jaafar dan Pasar Karat Ipoh atau Loken di sini pada Ahad.

Operasi bermula jam 11 pagi melibatkan 142 pegawai dan anggota polis bersama Jabatan Imigresen Perak, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, operasi dijalankan di kawasan pekan baru yang sering menjadi tumpuan mereka untuk mencari barang keperluan dan terpakai di pasar karat di hujung minggu serta urusan kewangan.

"Seramai 300 warga asing diperiksa secara rawak dalam operasi itu dan 70 daripadanya dibawa ke Balai Polis Pekan Baru untuk pemeriksaan lanjut.

"Daripada jumlah itu, hanya 29 PATI yang berusia 24 hingga 35 tahun didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Ahad.

A Asmadi
A Asmadi

Menurutnya, kesemua mereka yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Imigresen 1959/63.

Dalam pada itu, A Asmadi berkata, pihaknya turut menjalankan pemeriksaan di premis-premis yang didakwa dijalankan oleh warga asing.

Artikel Berkaitan:

"Pemeriksaan yang dijalankan MBI mendapati premis tersebut mempunyai lesen yang sah yang mana pemilik telah menggajikan pekerja asing terutama warga Nepal.

"Bagaimanapun, papan tanda perniagaan yang menggunakan bahasa asing telah diambil tindakan," katanya.

Katanya, dengan kejayaan operasi itu, pihak akan terus melaksanakan operasi secara berkala di kawasan yang di dominasi warga asing.