X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

1,302 kes baharu dicatatkan hari ini

Dr Noor Hisham
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif dalam usaha mengawal jangkitan Covid-19 apabila kes baharu harian wabak itu kekal berada di bawah angka 2,000 dengan 1,302 kes selain empat kematian dilaporkan pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh 24 jam itu juga, sebanyak 1,127 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes pulih kini ialah 326,309 kes, manakala kes aktif pula sebanyak 14,380 kes.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 1,293 adalah penularan tempatan dan sembilan kes import, selain 169 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 76 individu menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 pada Ahad.

Sarawak mencatat kes harian tertinggi dengan 426 kes diikuti Selangor (256), Pulau Pinang (212), Johor (176), Kuala Lumpur (58), Sabah (38), Kelantan (34), Pahang (32), Kedah dan Perak masing-masing 23, Negeri Sembilan (sembilan), Labuan (enam), Melaka (lima), Terengganu dan Putrajaya masing-masing dua, manakala tiada kes dilapor di Perlis pada Ahad.

Dr Noor Hisham memaklumkan kesemua kematian yang dilapor pada Ahad membabitkan warganegara berusia lingkungan 63 hingga 77 tahun dengan masing-masing mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Selain itu, beliau berkata, terdapat tiga lagi kluster dikesan pada Ahad masing-masing melibatkan kluster di tempat kerja (Kluster Ladang Sungai Pelek, Selangor), kluster pusat tahanan (Kluster Pagar Bukit Chagar, Johor) dan kluster komuniti iaitu Kluster Patek di Kelantan.

“Pertambahan kluster baharu menjadikan jumlah kluster di Malaysia sebanyak 1,347 dengan 381 daripadanya masih aktif, manakala 14 kluster diisytiharkan tamat hari ini (Ahad),” katanya. - Bernama

Pecahan kes mengikut negeri, 28 Mac 2021. #COVID19 pic.twitter.com/acAAE42f5q

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) March 28, 2021


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!