Ular senduk 'tumpang' bilik air

Pihak APM berusaha mengeluarkan ular senduk itu dari mangkuk tandas.
A
A

TANAH MERAH - Seekor ular senduk ditemui bersembunyi dalam bilik air di sebuah rumah di Kampung Gertak Chabang di sini semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, manga dipercayai masuk ke dalam bilik air dan terkejut selepas melihat ular itu berada dalam bilik air.

Ekoran itu, mangsa menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM )Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

Pegawai APM daerah, Abd Fattah Abd Aziz berkata, pihaknya cuba mengeluarkan ular berkenaan dengan alatan khas.

"Walaupun pada mulanya agak sukar, namun akhirnya kita berjaya mengeluarkan ular itu yang bersembunyi dalam mangkuk tandas.

"Kita bawa ular berkenaan ke pejabat APM untuk tindakan lanjut," katanya.

Ular senduk yang berjaya ditangkap APM Tanah Merah.
Ular senduk yang berjaya ditangkap APM Tanah Merah.

Abd Fattah berkata, pihaknya berharap agar orang ramai tidak bertindak sendiri apabila menghadapi situasi cemas.

"Ini kerana keadaan ular yang ditemui mungkin boleh bertindak agresif.

"Oleh itu sekiranya menghadapi situasi cemas terus hubungi talian kecemasan 999 untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, musim panas kini juga mengudang kehadiran ular dan orang ramai dinasihatkan membersihkan kawasan sekitar kediaman bagi menghalang ular dari mendekati kawasan kediaman.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia