X

Kindly register in order to view this article
!

Martinez puas hati aksi Belgium

Lukaku menjaringkan gol penyamaan Belgium pada minit ke-60.
A
A

PENGENDALI Belgium Roberto Martinez tetap berpuas hati biarpun skuad kendaliannya itu sekadar terikat 1-1 dengan Republik Czech pada aksi Kelayakan Piala Dunia di Stadium Sinobo, Prague pada awal pagi Ahad.

Malah menurut Martinez dia kagum dengan aksi dipersembahkan kesebelasan The Red Devils pada perlawanan berkenaan hingga berjaya mengekang asakan-asakan kesebelasan skuad The Locomotive itu.

“Kami mengharungi aksi yang sukar ketika berdepan kesebelasan Republik Czech yang beraksi dengan cukup baik dengan barisan pemain-pemain berkaliber.

“Ini menyebabkan kami perlu menyesuaikan keadaan serta mengubah cara permainan serta tindak balas kami pada perlawanan berkenaan.

“Ternyata, taktikal kami menjadi dan walaupun ketinggalan pada awal separuh masa kedua, kami terus melakukan yang terbaik hingga dapat menjaringkan gol penyamaan,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, pemain Republik Czech, Lukas Provod membuka jaringan pada minit ke-50, sebelum penyerang Belgium, Romelo Lukaku menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-60.

Selepas dua perlawanan, kedua-dua pasukan berkongsi kedudukan teratas Kumpulan E dengan empat mata dan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan gol.

Sementara itu Martinez berkata, skuad The Red Devils itu bakal kehilangan khidmat pemain tengah menyerang, Dries Mertens pada aksi berdepan Belarus awal pagi Rabu nanti berikutan masalah kecederaan bahu.

Katanya, sedikit rombakan akan dibuat sebagai persediaan bagi mengharungi perlawanan berkenaan.

“Kita akan lihat sejauh mana tahap kecederaan Mertens dan dalam masa yang sama, kita juga akan memantau kecergasan Lukaku serta pemain tengah, Kevin De Bruyne.

“Ini kerana beraksi bagi tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari bukanlah satu perkara yang boleh dianggap mudah,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!