Polis siasat dakwaan majlis pernikahan Neelofa langgar SOP

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti, Neelofa dan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berikutan dakwaan majlis tersebut melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis turut membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran majlis tersebut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

"Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor dan Muhammad Haris selamat diijabkabul dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Pada majlis berkenaan, ijab kabul telah disempurnakan oleh adik kandung usahawan dan pengacara popular itu, Mohd Aqief Mohd Noor yang juga menjadi wakil wali bapa mereka, Mohd Noor.

Neelofa atau nama sebenarnya, Neelofa menerima mas kahwin daripada Haris iaitu sebentuk cincin.

Hadir sama pada majlis pernikahan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; ahli keluarga Neelofa iaitu Datuk Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris; Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.

Artikel Berkaitan:

Pasangan ini sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 1 November 2020 dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak.