UMNO tidak pernah bincang jalin kerjasama dengan Bersatu, Anwar, DAP

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Ahad. -Foto Twitter Ahmad Maslan
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Ahad. -Foto Twitter Ahmad Maslan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan tiada sebarang perbincangan dilakukan dengan Pakatan Harapan (PH) atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menjalin kerjasama politik.

Katanya sama ada beliau atau timbalan parti serta wakil daripada parti tidak pernah berbuat demikian seperti yang didakwa sebelum ini.

"Perlu saya tegaskan pendirian kita dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bahawa kita tetap dengan pendirian Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

"Tiada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tiada Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), tiada DAP," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Ahad.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, setakat ini tidak pernah berlaku perbincangan dengan mana-mana wakil atau pemimpin parti tersebut sama ada secara rasmi atau tidak.

"Kita tetap akan bertanding menggunakan panji-panji Barisan Nasional (BN)," katanya.

Artikel Berkaitan: