Ada pertanyaan tentang perkahwinan Lofa yang tak ada jawapan

Haris, Neelofa selamat disatukan sebagai suami isteri pada Sabtu.
Haris, Neelofa selamat disatukan sebagai suami isteri pada Sabtu.
A
A
A

BELALANG ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Neelofa Mohd Noor di atas perkahwinannya dengan Haris Ismail.

Ia adalah perkahwinan yang paling dinanti-nantikan, bukan sahaja oleh peminat tegarnya tetapi juga kita semua rakyat Malaysia yang mengenalinya.

Neelofa ada satu daya tarikan magis hinggakan selepas berpurdah pun orang masih nak tengok wajahnya.

Kata kawan Belalang, dapat tengok mata Neelofa pun jadilah. Begitu dahsyat daya tarikan Neelofa kepada orang kebanyakan seperti kita semua.

Dan walaupun Neelofa kini dah selamat jadi isteri orang tapi beliau tetap menjadi daya tarikan luar biasa.

Bak kata pepatah, sedikit saja Neelofa beri indikasi, netizen sudah membuat pelbagai telahan dan ramalan apa yang berlaku seterusnya.

Jadi, bila Neelofa tunjukkan jari jemari yang penuh inai, langsung netizen membuat spekulasi yang beliau akan menamatkan zaman bujangnya dalam sehari dua ini.

Apatah lagi selepas Don Danial Don Biyajid membuat ucapan selamat kepada pasangan hangat ini, makin menjadi-jadilah spekulasi itu.

Artikel Berkaitan:

Telahan ramai bahawa majlis perkahwinan mereka akan berlangsung pada Sabtu nampaknya tepat sekali.

Malah, tenggelam Perhimpunan Agung UMNO di WTC Kuala Lumpur dek berita perkahwinan Neelofa dengan Haris ini.

Cuma Belalang menerima pertanyaan demi pertanyaan yang Belalang sendiri tak boleh nak jawab: Kenapa bukan bapa Neelofa sendiri yang menikahkannya.

Sebaliknya dia dinikahkan oleh adiknya, Mohamed Aqief. Tidak diketahui bapa mereka, Mohd Noor hadir sama pada majlis yang berlangsung di Grand Hyatt itu atau tidak.

Sebelum ini, kakak Neelofa iaitu Noor Nabila turut dinikahkan oleh Mohamed Aqief.

Memang Belalang tiada jawapan kepada pertanyaan itu. Hanya Neelofa dan saudara maranya yang ada jawapan.

BELALANG - Teringin untuk duduk atas pelamin lagi...