MKT bermesyuarat malam ini, bincang persiapan PAU 2020

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan (kiri) bersama Timbalan Presiden UMNO, imbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. - Foto Bernama
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan (kiri) bersama Timbalan Presiden UMNO, imbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini di Menara Dato’ Onn bagi membincangkan persiapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang bakal berlangsung pada Ahad.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat itu yang difahamkan bermula 8.30 malam merupakan tradisi pada malam sebelum berlangsungnya perhimpunan tersebut.

Mesyuarat itu juga antara lain membincangkan laporan berhubung persidangan tiga sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri yang berlangsung pada Sabtu, kata beliau ketika dihubungi Bernama.

Perhimpunan itu diadakan secara hibrid yang menggabungkan kehadiran fizikal ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dan secara maya di 190 bahagian seluruh negara kecuali Sarawak.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada Ahad akan bermula dengan acara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa yang dijadualkan pada 7.30 pagi. - Bernama

Artikel Berkaitan: