X

Kindly register in order to view this article
!

Megat Najmuddin kekal Presiden Persatuan Anak-Anak Perak

Megat Najmuddin menyampaikan ucapan perasmian sebelum pemilihan berlangsung di Taman Medan, Petaling Jaya pada Sabtu.
A
A

PETALING JAYA - Presiden Persatuan Anak-Anak Perak di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas dipilih semula bagi memegang jawatan berkenaan menerusi pemilihan jawatankuasa persatuan itu pada Sabtu.

Selain itu, Timbalan Presiden, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi turut mengekal jawatan disandangnya dalam pemilihan tersebut.

Jawatan Naib Presiden persatuan pula menyaksikan tiga calon telah dipilih iaitu Datuk Maxson Abdul Hamid Jaafar, Datuk Mohamed Suffian Omar dan Datin Dr Raja Hanaliza Raja Ahmad Tajudin.

Megat Najmuddin menerusi ucapan perasmiannya berkata, pihaknya berharap agar semangat anak-anak Perak akan terus jitu bagi membangunkan persatuan berkenaan walaupun negara berdepan pandemik Covid-19.

"Pelbagai aktiviti telah dijalankan sejak pandemik ini membuktikan bahawa persatuan telah banyak menyumbang untuk membantu kebajikan masyarakat," katanya.

Dalam pada itu, mesyuarat agung berkenaan berlangsung di Dewan Nora Andaman, Taman Medan di sini itu turut dihadiri seramai 50 ahli persatuan tersebut.

Dalam perkembangan sama, Megat Najmuddin turut menasihati ahli-ahli persatuan agar mendaftarkan diri masing-masing dan menanti giliran bagi mendapatkan suntikan vaksin dalam bersama-sama mengawal penularan wabak Covid-19.

"Saya yakin selepas proses suntikan vaksin berjaya dilaksanakan keadaan akan kembali pulih seperti biasa bagi kita menjalankan program dengan lancar selepas ini," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!