X

Kindly register in order to view this article
!

Undi 18: SPR jangan bagi alasan kuno, kata Saifuddin

Saifuddin
A
A

KUANTAN- "Ini alasan kuno dan jelas tidak memahami aspirasi rakyat". Demikian tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan undi 18 (Undi 18) dan pendaftaran automatik.

Katanya, alasan yang diberikan SPR adalah tidak munasabah kerana Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi Undi 18 dan pendaftaran automatik telah mendapat sokongan penuh kesemua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Julai 2019.

"Kalau SPR betul-betul ada masalah teknikal, mereka harus terangkan apa yang berlaku. Tunjuk apakah ia (masalah) itu. Semua orang (rakyat) boleh faham.

"Tapi, jangan bagi alasan kuno, itu saya kurang setuju dan alasan seperti ini akan membuat rakyat marah kerana ia sudah diputuskan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan SPR yang menangguhkan Undi 18.

Pada Jumaat, SPR menangguh pelaksanaan Undi 18 atas alasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menjejaskan perancangan dan persiapan SPR untuk pelaksanaannya.

Pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran automatik hanya dapat dibuat menjelang 1 September 2022, iaitu penangguhan melebihi satu tahun daripada sasaran ditetapkan sebelum ini iaitu pada Julai tahun ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!