X

Kindly register in order to view this article
!

Cukuplah 'tembak' sesama sendiri

Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan ketika keluar daripada Dewan Tun Hussein Onn selepas acara Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada Sabtu - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO menggesa pimpinan dalam parti itu berhenti ‘menembak’ sesama sendiri kerana setiap ungkapan mereka akan memberikan kesan besar.

Naib Ketuanya, Shahril Sufian Hamdan berkata, terdapat beberapa nama yang dikritik hebat setiap hari selain melabelkan mereka dengan 'kluster' tertentu.

Menurutnya, apa yang dibimbangi ialah tindakan berterusan menemplak pemimpin berkenaan akan memakan diri sendiri.

“Kita bukan mencari populariti dalam parti. Saya lihat ada dua atau tiga nama yang dikritik hebat setiap hari. Saya fikir lebih baik kita berhenti menembak.

“Apa yang dirisaukan ialah kita melabelkan mereka dengan kluster tertentu yang cenderung berada di sebelah sana. Tetapi andai mereka sebaliknya, ia seperti menembak kaki sendiri,” katanya pada ucapan penggulungan Persidangan Pemuda di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.

Menyentuh mengenai keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT), Shahril Sufian berkata, walaupun ia memberi kesan besar kepada parti, namun Pemuda UMNO tidak akan berganjak daripada terus memperkasakan parti.

“Jika dulu rakyat tidak sukakan Pakatan Harapan (PH), mereka mempunyai alternatif lain. Ketika itu gelombang Muafakat Nasional (MN) menarik perhatian rakyat, tetapi kini ia tidak sepadu dahulu.

“Ini kerana kita mungkin akan sedia bertembung dengan sebuah parti yang menyatakan memperjuangkan Melayu selain menyatakan mereka juga menentang PH. Ini antara perkara yang mungkin kita hadapi,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa UMNO dan BN tidak boleh berpegang atau berpaut kepada parti lain sebaliknya perlu mencari kaedah.

“Sebab itu proses meremajakan UMNO perlu berterusan, dalam masa sama kita kena tegaskan bahawa Undi18 tidak boleh dilengahkan.

“Kita tidak boleh dilihat sebagai sebahagian daripada pihak yang tidak menyokong Undi18 sama seperti tindakan PN tidak menunaikan janji. UMNO tidak boleh dikaitkan dengan keputusan tidak bijak,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!