X

Kindly register in order to view this article
!

Jalan lama Mambau-Port Dickson dilanda banjir kilat

Keadaan jalan lama Mambau-Port Dickson yang dilanda banjir kilat pada Sabtu.
A
A

PORT DICKSON - Hujan sejak jam 3 petang Sabtu menyebabkan banjir kilat di jalan lama Mambau- Port Dickson di sini.

Keadaan itu turut menyebabkan beberapa buah kenderaan termasuk motosikal tidak dapat menyeberangi jalan sehingga mereka terpaksa menunggu air surut.

Lokasi yang berhampiran dengan Bandar Springhill itu dinaiki air lebih setengah meter pada petang Sabtu hingga di beberapa kawasan berhampiran lebih kurang 500 meter.

Seorang penunggang motosikal, Mohd Azrul Norazmi, 18, berkata, dia cuba mengharungi banjir tersebut, bagaimanapun enjin motosikalnya mati di tengah jalan.

"Saya dalam perjalanan ke Seremban selepas menghantar kawan di Lukut, Port Dickson. Saya mengambil keputusan mengharungi banjir kerana bimbang air akan terus naik akibat hujan berterusan tetapi gagal.

"Ini kali pertama saya melalui kawasan ini ketika banjir kerana setahu saya kawasan ini selalu banjir kilat jika hujan lebat," katanya di sini pada Sabtu.

Keadaan jalan lama Mambau-Port Dickson.
Keadaan jalan lama Mambau-Port Dickson.

Seorang lagi pengguna jalan raya, Rosnah Abu, 42, berkata, dia bimbang air tidak akan surut dalam masa terdekat.

"Saya berharap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan banjir kilat ini berulang," katanya.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook telah berkongsi video keadaan laluan jalan lama Mambau menghala Bandar Springhill selain meminta orang ramai menggunakan jalan lain.

Pegawai Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Seremban, Mohd Najib Abdul Karim berkata, beberapa kawasan di daerah ini mengalami banjir kilat akibat hujan lebat pada petang Sabtu, namun tidak ada sebarang limpahan air dari mana-mana sungai di daerah ini.

"Pihak kami akan sentiasa memantau keadaan ini dan akan ambil tindakan segera sekiranya berlaku sebaliknya.

"Lima anggota APM memantau pergerakan air sungai di Kuala Sawah, Rantau yang ketika ini statusnya berada di paras tinggi namun ia masih terkawal,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!