Anak muda tuntut Undi 18

Suasana himpunan tuntut Undi 18 di kawasan sekitar bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada Sabtu. Kain rentang membantah penangguhan pelaksanaan Undi 18 September 2022.
Suasana himpunan tuntut Undi 18 di kawasan sekitar bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada Sabtu. Kain rentang membantah penangguhan pelaksanaan Undi 18 September 2022.
A
A
A

SHAH ALAM - Sekretariat Himpunan Tuntut Undi 18 di bawah gabungan gerakan anak muda membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Persekutuan menangguhkan pelaksanaan Undi18 ke September 2022.

Menurut satu kenyataan, penangguhan selama lebih 15 bulan itu adalah mengarut dan tidak mencerminkan kesungguhan pihak berwajib untuk memberikan hak mengundi kepada anak muda yang mencapai berumur 18 tahun.

"Rakyat Malaysia khususnya anak muda membantah keputusan ini sekeras-kerasnya kerana hak setiap dewasa untuk mengundi dalam pilihan raya adalah hak asasi dalam mana-mana demokrasi dunia.

“Apa yang menghalang untuk SPR melaksanakan Undi18? Mana undi kami selaku anak muda yang ingin bantu membentuk masa depan negara?,” kata kenyataan tersebut pada Sabtu.

Dalam kenyataan sama, pihaknya menuntut agar SPR dan kerajaan Persekutuan segera melaksanakan penurunan umur mengundi selewat-lewatnya Julai 2021.

Antara yang berhimpun di kawasan sekitar bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Antara yang berhimpun di kawasan sekitar bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada Sabtu.

“Kedua-dua pihak perlu mewujudkan ketelusan dalam proses pelaksanaan pendaftaran pengundian secara automatik.

“Seterusnya, menamatkan perintah darurat dan membenarkan Parlimen untuk bersidang semula,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Sabtu, satu himpunan tuntutan Undi18 berlangsung secara aman di sekitar bangunan Parlimen yang dihadiri sekitar 200 individu terdiri daripada mahasiswa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Perhimpunan tersebut adalah respons awal anak muda kepada keputusan kerajaan Persekutuan yang tidak serius untuk melaksanakan Undi18.

Pihaknya turut mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan komitmen beliau terhadap pelaksanaan penurunan umur mengundi Malaysia mengikut garis masa yang telah dijanjikan oleh beliau selaku ahli Parlimen.