Puteri UMNO gesa pemilihan parti dihentikan terlebih dahulu

Zahida Zarik Khan
Zahida Zarik Khan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO menggesa agar pemilihan parti itu yang dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini agar dihentikan terlebih dahulu.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, apa yang perlu difokuskan ketika ini adalah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

”Tiada guna menang pilihan raya jika tidak berkuasa. Simpan dulu ’cai-cai’ yang ada itu. Tolong,” katanya ketika menggulung ucapan perbahasan Pergerakan Sayap Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Zahida turut menggesa agar kepimpinan parti itu mengetengahkan lebih ramai pemimpin muda yang berbakat sebagai calon pada PRU15 serta 30 peratus ahli Parlimen daripada kalangan wanita.

”(Puteri perlu) mengkaji dan merangka strategi agresif bagi mendekati dan memenangi pengundi muda.

”Bersatu hati menghormati dan bersolidariti mempertahankan institusi parti di semua sama ada cawangan, bahagian, negeri dan yang tertinggi institusi Presiden kita,” katanya.

Dalam pada itu, Zahida berkata, isu-isu yang dibahaskan oleh pembahas merangkumi politik, ekonomi, pendidikan dan sosial akan disampaikan kepada pimpinan parti itu.

”Antaranya ialah tiada kerjasama dengan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Cukup-cukuplah,” katanya.

Artikel Berkaitan: