Kes dera: Kerajaan sedia teliti SOP pusat asuhan kanak-kanak

Sebelum ini tular video berdurasi 10 saat yang mencetuskan kemarahan orang awam memaparkan seorang guru wanita mengangkat dan menghempas seorang murid lelaki sambil disaksikan oleh murid-murid tadika yang lain.

A
A
A

PASIR MAS - Kerajaan sedia meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) di pusat asuhan kanak-kanak atau tadika bagi mengelakkan kes penderaan seperti yang tular di media sosial pada Jumaat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, SOP itu merangkumi pendaftaran secara sah melibatkan pusat asuhan selain tenaga pengajar perlu mengikuti kursus yang diwajibkan oleh kerajaan sebelum dibenarkan bertugas.

Beliau berkata, pihaknya mengambil serius insiden penderaan di pusat asuhan kerana ia melibatkan soal keselamatan kanak-kanak.

"Kita mahu golongan ibu bapa memeriksa terlebih dahulu latar belakang tadika atau pusat asuhan sebelum menghantar anak-anak mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin di Kompleks Tarbiah Islamiah Chetok (Komtik) di sini pada Rabu.

Siti Zailah berkata, tindakan itu penting bagi memastikan tadika atau pusat asuhan itu berdaftar dan mendapat kelulusan daripada kerajaan untuk menjalankan operasi.

Menurutnya, semakan latar belakang itu bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini berlaku.

"Banyak yang kita dengar seperti ada tempat asuhan tidak berdaftar. Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan pengasuh tidak mempunyai pengetahuan dan ilmu berkait dengan penjagaan kanak-kanak," katanya.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkait dengan penderaan juga diminta tampil untuk membuat laporan kepada pihaknya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini tular video berdurasi 10 saat yang mencetuskan kemarahan orang awam memaparkan seorang guru wanita mengangkat dan menghempas seorang murid lelaki sambil disaksikan oleh murid-murid tadika yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN Polis panggil guru tadika campak kanak-kanak