vivo kuasai pasaran Asia di penghujung tahun 2020

vivo mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya menguasai 15 peratus pasaran telefon pintar Asia pada suku keempat tahun 2020.
vivo mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya menguasai 15 peratus pasaran telefon pintar Asia pada suku keempat tahun 2020.
A
A
A

KUALA LUMPUR – vivo mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya menguasai 15 peratus pasaran telefon pintar Asia pada suku keempat tahun 2020.

Menurut laporan Counterpoint, kejayaan menguasai pasaran Malaysia, Indonesia dan Thailand itu menjadikan vivo sebagai pilihan tertinggi pengguna dalam tempoh masa tersebut.

Selain kejayaan membanggakan itu, vivo turut berada di kedudukan kelima dalam penghantaran telefon pintar di peringkat global pada tahun 2020 dengan memperoleh bahagian pasaran sebanyak 8.6 peratus.

Sejak memasuki pasaran antarabangsa pada tahun 2014, vivo telah menapak di pasaran Asia dan mencatatkan peningkatan memberangsangkan di seluruh dunia.

Pada Disember 2020, vivo secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik pengimejan global dengan ZEISS, iaitu peneraju global dalam optik dan opto-elektronik serta pelopor dalam bidang profesional dan mudah alih.

vivo dan ZEISS juga akan menubuhkan vivo ZEISS Imaging Lab iaitu sebuah program penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama untuk menginovasikan teknologi pengimejan mudah alih untuk telefon pintar premium vivo.

Usaha berterusan vivo dalam mengembangkan teknologi terkemuka dalam industri gajet ini telah membawa kejayaannya di pasaran global.

Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara Asia Tenggara pertama yang melancarkan siri vivo X60 terbaru menerusi pelancaran maya pada 22 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai vivo Malaysia, anda boleh lawati Facebook atau laman web rasmi vivo Malaysia.

Pembelian juga boleh dilakukan di laman web ini:

Lazada

X60 Pro- http://bit.ly/X60ProLazadaPR

X60- http://bit.ly/X60LazadaPR

Shopee

X60 Pro - http://bit.ly/vivoX60Proshopee

X60 - http://bit.ly/vivoX60Shopee

vivo Store

X60 - https://bit.ly/3snhtnY

X60 Pro - https://bit.ly/3sn73oi