Ia memang gimik: Salahuddin

Salahuddin ketika sidang media Program SWM Kasih Misi Sampul Merah, hari ini.
Salahuddin ketika sidang media Program SWM Kasih Misi Sampul Merah, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Warkah ditulis seorang petani dari Sungai Besar, Ibas Hamud lahir daripada kumpulan yang memang menanti untuk dibantu.

Menjawab dakwaan tangisannya ketika membacakan warkah itu sebagai gimik, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub akui setiap program ada gimiknya.

"Sebagai seorang bekas petani dan orang kampung Tanjung Piai, beliau tahu betapa susahnya mereka. Itu sedikit sebanyak mempengaruhi jiwa saya. Kebetulan, bila PH menang saya dilantik sebagai Menteri Pertanian. Ia memang gimik. Gimik itu adalah idea kita bersama.

"Tapi bila ia ditayangkan, ia 'real'. Bila ia 'real' ia mempengaruhi emosi. Wak Ibas, wajah dia, ketuaan dia, dia naik motosikal. Habis minyak tengah jalan. Tumpang Hilux, sampai ke MOA nak beri surat kepada saya. Itu adalah aspirasi," katanya

Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah yang menyentuh dirinya sehingga menangis ketika membacakan warkah tersebut pada sidang media Program SWM Kasih Misi Sampul Merah di Pertubuhan Kebajikan Amitabha Malaysia di Taman Tasek di sini, hari ini.

Salahuddin berkata, sebagai seorang lelaki, beliau bukan mudah untuk menangis.

"Tapi bila dia (Ibas) beri surat itu, setelah video itu ditayangkan dan kita pun pernah rasa duduk di situ. Surat itu benar-benar lahir, tulisan daripada kumpulan yang memang menanti untuk mereka ditolong," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan fakta pihaknya, selepas 60 tahun petani dan nelayan di negara ini masih berada di dalam kelompok B40.

Artikel Berkaitan:

"Itu yang saya merintih sembilan bulan. Bagaimana saya harus berjuang untuk keluarkan mereka? 60 tahun dulu, tak boleh nak keluarkan. Saya sembilan bulan, saya rasa apa saya nak buat?

"Saya bekerja bersungguh-sungguh ke arah itu. Jadi, video itu mempengaruhi kita pada waktu itu. Dan kalau saya menangis pun, memang.. isu itu 'real'," katanya.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata, tiada apa yang beliau dapat jika ada yang melihat tangisannya itu satu lakonan atau sekadar untuk meraih simpati, sebaliknya beliau perlu bekerja dan menjawab kepada rakyat apa yang sudah serta akan dibuat sepanjang diberikan kepercayaan menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Sebab itu lima hala tuju itu, memerah tenaga, memerah otak, meminta pegawai-pegawai tertinggi kementerian bersama saya dan mengambil masa hampir lebih enam bulan untuk melahirkan dokumen itu.

"Itu yang lahir semalam. Jadi saya hanya melahirkan perasaan saya selepas membaca surat itu. Dan watak-watak itu walaupun gimik, tapi.. Memang Wak Ibah itu seorang petani. Wajah dia, dia naik motor. Itu sebenarnya. Jadi, itulah yang boleh saya terangkan," katanya.

Selain itu, Salahuddin berkata, sebagai menteri bertanggungjawab, beliau berasa berdosa pada masa akan datang jika tidak berjaya mengeluarkan petani dan nelayan daripada kelompok B40.

"Itu cabaran besar untuk saya. Itu iltizam saya, itu yang saya akan laksanakan sepanjang saya diberikan kepercayaan menerajui MOA," katanya.