X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

DRB-Hicom akan buka kilang komponen automotif di Pagoh

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (belakang, tengah) ketika menyaksikan para pelabur menandatangani surat minat (dari kiri duduk), Pengarah Nikkata Metal Roofing Industries Sdn Bhd Tow Meng Liang, Pengurus Home -JS Furniture Sdn Bhd Siow Lee Chai, Pengurus Zac Home Sdn Bhd Ling Ai Peng, Pengarah SGM Industri Sdn Bhd Tan Boon Guan dan Pengarah Urban Protocol Sdn Bhd Huang Chien Kuo pada Pelancaran Zon Ekonomi Khas Pagoh Fasa 1 di Bandar Universiti Pagoh di Galery Sime Darby pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A

MUAR - DRB-Hicom Berhad akan membuka sebuah kilang komponen automatif Proton di Zon Ekonomi Khas Pagoh di sini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemilik syarikat terkemuka itu, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menyatakan minat untuk memindahkan sebahagian daripada operasi kilang pengeluaran produk automatif Proton di Tanjung Malim, Perak ke Pagoh.

"Saya sangat mengalu-alukannya dan berharap pembangunan ini akan dibangunkan pada fasa pertama projek Zon Ekonomi Khas Pagoh.

"Selain itu, Syed Mokhtar yang juga pemilik Malakoff (Corporation Berhad) turut berminat untuk membangunkan kilang bagi mengeluarkan panel solar untuk jana kuasa solar di sini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Zon Ekonomi Khas Pagoh Fasa 1 di sini pada Sabtu.

Hadir sama ialah Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, Sime Darby Property Bhd akan membangunkan fasa pertama Zon Ekonomi Khas Pagoh seluas 343.9 hektar untuk menempatkan Taman Perindustrian dan Taman Keusahawanan dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.1 bilion.

Pembangunan kedua-dua komponen itu akan mengambil masa antara lima hingga tujuh tahun untuk dibangunkan sepenuhnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!