Empat rumah teres terbakar

Anggota bomba memeriksa keadaan dalam sebuah rumah yang terbabit dalam kebakaran di Taman Muhibbah, Raub pada awal pagi Sabtu. - (Foto: Ihsan bomba)
Anggota bomba memeriksa keadaan dalam sebuah rumah yang terbabit dalam kebakaran di Taman Muhibbah, Raub pada awal pagi Sabtu. - (Foto: Ihsan bomba)
A
A
A

RAUB - Empat rumah teres di Taman Muhibbah di sini terbakar pada awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, sebuah daripada rumah terlibat musnah 100 peratus akibat kebakaran tersebut.

Ketua Zon 3, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata, seramai 13 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub dan Bentong membabitkan dua jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira jam 2.15 pagi.

Menurutnya, kejadian melibatkan empat rumah teres dengan keluasan 240 x 80 kaki persegi.

"Ketika kejadian semua penghuni sedang tidur. Kesemua penghuni bagaimanapun berjaya keluar menyelamatkan diri. Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan," katanya di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: