Hubungan Pas Kelantan dengan UMNO, Bersatu ditentukan Pusat

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
A
A
A

SEPANG - Setiap parti politik di negara ini mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan hala tuju masing-masing dan tidak ada pihak yang boleh memberi kata dua kepada mereka berhubung perkara itu, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu katanya, setiap perkara termasuk kerjasama politik akan dibincangkan dan diputuskan di peringkat pusat bukan oleh negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai kenyataan UMNO Kelantan yang mahu Pas Kelantan membuat keputusan sama ada bersama parti itu atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, Pas dan UMNO boleh membincangkan perkara itu menerusi Majlis Perundingan Muafakat Nasional.

"Tiada masalah,” kata Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air selepas Majlis Perasmian Denai Sungai Kebangsaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara di Sungai Jenderam, dekat sini pada Sabtu.

Beliau juga menegaskan hubungan Pas dan UMNO serta Bersatu di Kelantan adalah baik.

Media sebelum ini melaporkan UMNO Kelantan bertindak memutuskan hubungan serta kerjasama dengan Bersatu sebagaimana usul yang diluluskan dalam 12 Mesyuarat Perwakilan Bahagian sebelum ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: