X

Kindly register in order to view this article
!

STAR sasar tanding lima kerusi pada PRU15

Jeffrey Kitingan - Foto Fail Bernama
A
A

PENAMPANG - Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyasarkan untuk bertanding lima kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, parti itu sebenarnya mahu lebih daripada itu namun selepas perbincangan, STAR hanya diberi lima kerusi sahaja.

"Ada beberapa komponen (Perikatan Nasional) yang perlu kita bahagikan tetapi kita berharap kerusi ini akan diberi kepada parti tempatan.

"Saya tidak mahu beritahu kerusi mana tetapi yang pasti saya akan mempertahankan kerusi saya Parlimen Keningau," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis melepaskan anak ikan di Sungai Moyog di Kampung Rugading di sini pada Sabtu.

Mengulas jika ada wakil rakyat yang mahu menyertai STAR, Jeffrey berkata, dalam politik terutama ketika pilihan raya itu perkara biasa.

"Sebenarnya banyak parti politik termasuk (wakil rakyat) bebas ini datang berjumpa dengan saya untuk berbincang dan menawarkan kerjasama.

"Ini tidak hairan sebab apabila ada pilihan raya terbukalah peluang dan sama ada menang atau tidak mereka akan cuba," katanya.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah sebelum itu menafikan beliau berdiam diri berhubung isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seperti yang didakwa Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Saya tidak berdiam diri tetapi tidak akan mengulangi cara sama kerana saya kini berada dalam kerajaan.

"Ini bukan masa pilihan raya. Kita cuba untuk melakukan sedaya upaya mencari jalan untuk mendapatkan apa yang kita mahu," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!